Sunday 31 July 2011

#pedomanDua:Fadhilat Puasa Ramadhan

RAMADHAN amat sinonim dengan salah satu daripada rukun Islam iaitu berpuasa. Ibadat yang mempunyai 1001 macam rahsia dan hikmah. Begitu juga ia membawa kepada banyak pahala dan keuntungan bagi mereka yang berpuasa serta melakukan ketaatan pada bulan Ramadan.
Dibincangkan di sini fadilat Ramadan, puasa dan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa;
Pertama: Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi SAW:

"Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka: Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat mengampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hambaku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam."
Hadis ini menunjukkan kemuliaan Ramadan dan mulut orang yang berpuasa di sisi Allah SWT di samping syaitan dibelenggu kerana kelebihan Ramadan.
Kedua: Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad meriwayatkan hadis daripada Sahal bin Sa'd sabda Rasulullah SAW: 
"Sesungguhnya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan al-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya.
Al-Hafiz Ibn Hajar menukilkan daripada al-Zain bin al-Munir dalam al-Fath al-Bari:
"Sesungguhnya dikatakan pada Syurga, tidak dikatakan bagi Syurga untuk menggambarkan bahawa pintu itu sendiri sebahagian daripada kenikmatan dan kerehatan yang membawa lebihan rasa rindu kepadanya."
Ketiga: Mengikut riwayat al-Nasaie sama seperti di atas kecuali ditambah sabda Nabi SAW:
"Sesiapa yang masuk di dalamnya nescaya dapat meminum dan siapa yang minum nescaya tidak dahaga selama-lamanya."
Hadis ini menunjukkan kelebihan minuman dalam syurga yang menghilangkan dahaga selama-lamanya.
Keempat: Mengikut riwayat Imam Ahmad dan al-Nasaie daripada Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah SAW:
"Puasa merupakn perisai." 
Dan daripada Uthman bin Abi al-As;
"Puasa merupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta atau mengumpat. Ini kerana, puasa mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan pada ghalibnya, mereka yang berpuasa akan memelihara nilai puasanya."


Kelima: Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Uthman bin Abi al-As:
"Puasa merupakan perisai daripada azab Allah."
Hadis ini menunjukkan kelebihan puasa yang melindungi tuannya daripada disambar api neraka.


Keenam: Imam Ahmad, Muslim dan al-Nasaie meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan Abi Sa'id,


"Sesungguhnya Allah berfirman: Sesungguhnya puasa bagi-Ku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya bergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad ditangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi."
Hadis ini menggambarkan kemuliaan orang yang berpuasa semata-mata kerana Allah SWT yang sudah pasti mendapat pembalasan daripadanya.


Ketujuh: Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi SAW bersabda:
"Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak."
Hadis ini menunjukkan kelebihan orang yang berpuasa dengan mustajabnya doa.


Kelapan: Al-Dailami meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya:
"Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan."
Hadis ini menunjukkan terlalu banyak kelebihan orang yang berpuasa sekalipun diam dan tidur.


Kesembilan: Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn Jabir, Ahmad, al-Tabarani dan al- Baihaqi daripada Abi Umamah bahawa Nabi SAW bersabda:
"Sesungguhnya bagi Allah ketika berbuka puasa mempunyai mereka yang dibebaskan daripada neraka yang demikian itu pada setiap malam."
Hadis ini menunjukkan keampunan Allah SWT kepada yang berpuasa.


Kesepuluh: Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda:
"Puasa merupakan separuh kesabaran dan atas tiap sesuatu mempunyai zakat dan zakat bagi tubuh badan adalah puasa."
Hadis ini menggambarkan betapa sabarnya orang yang berpuasa.


Kesebelas: Imam Ahmad, al-Turmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah:
"Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat ke atasnya sehingga selesai makanannya."
Hadis ini dengan jelas menunjukkan betapa malaikat berdoa dan berselawat kepada yang berpuasa.
Sebenarnya, banyak lagi kelebihan puasa dan Ramadan seperti mendapat syafaat dan dijauhkan daripada neraka.
Justeru, marilah sama-sama kita mengambil kesempatan dengan kunjungan Ramadan al-Mubarak dengan berpuasa dan beramal.
Gunakanlah Kesempatan Yang Masih Diberi

#kesahLima:Salam Ramadhan


Assalamualaikum,
Dikesemptan ini saya ingin mengucapkn Selamat Berpuasa buat semua yg mengenali diri ini(da mcm rye)
hahahahah
tak kiralah anda semua berada dimna,yg pnting jlan kewajipan kta sbg sorg islam
moga2 Ramadhan thun ini lebih baik drpd thun2 sebelomnya..
puasa adalah dinding kepada umat islam dan solat adalah tiangnya...
bagaimana dinding hendak lekat sekiranya tiang tiada???
jgn jdkn puasa ini sbg stu titik perubhan bg kte semua..
Firman Allah ad menyebut
"Berpuasalah Kamu Seperti Mana Yg Diperintahkn Kpd Org Terdahulu Agar Kamu Bertakwa"
jadikan Ramadhan kali ini seperti Ramadhan yg terakhir bagi kta semua..
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak..



Selamat Menyambut Bulan Ramadhan AlMurbarak


Thursday 28 July 2011

#pedomanSatu:Kelebihan Hari Jumaat

Assalamualaikum

Apa khabar hari anda? Apa cerita Jumaat anda?  Ya, hari ini hari Jumaat. Hari untuk kita mendapatkan lebih success dalam hidup kita. Hari untuk kita lebih cemerlang, lebih kuat berbanding hari-hari yang lain.
Jadi, apa pun yang anda buat pada hari ini, pastikan itu adalah yang terbaik, yang terhebat untuk diri anda sendiri. Kalau selalu bangun pagi sepuluh minit lagi ke waktu subuh, maka jadikanlah Jumaat untuk anda lebih berjaya.Jadikan Jumaat untuk lebih special daripada hari-hari yang lain. Buat janji, bahawa Jumaat aku mesti bangun tiga puluh minit sebelum ke waktu subuh. Hah, kan bagus.Hari ini aku nak cerita sedikit tentang hebatnya dan kelebihan-kelebihan hari Jumaat. Moga anda di luar sana memperoleh manfaat, aku yang menulis juga lebih-lebih lagi mendapat faedahnya.

1Berlakunya hari kiamat.
 Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
 2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
 Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
 3. Penghulu segala hari.
 Aku suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
 4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
 Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
 5. Kebaikan dengan memotong kuku.
 Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
 6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
 Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
7.Malaikat Turun ke Bumi
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W  mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
so,manfaatkanlah Hari Jumaat anda..
sudah lagi terang lagi bersuluh,hari jumaat membawa pelbagai manfaat kepada kita semua..



#kesahEmpat:Bola itu Bulat

                                                             
AloHa!
hahahah
first of all,congrats to Malaysia Team a.k.a Harimau Malaya..
mmg AWESOME la korang maen..
tp nk buat cmne an..
SINGA tu pandai BERPURA-PURA..
mmg bleh gnti Aaron Aziz la lakonan dyeorg..
mmg bnyak mng award nnti..
hahhaaah
kte try next tyme plak..
tp mmg aku proud to be Malaysian..
mse tgok bola td ad banner yg tulis '100% MALAYSIAN NO FOREIGNER'..
heheheh
mmg salute la supporter Malaysia.
btw,Harimau Malaya you are the best team ever.
mmg korang perform td
hahahaha
lantak la ape org nk ckap..
kalau dyeorg terer sgt suh dyeorg maen sendirik!
hahahah
(ttbe je emo lebih)
hahahahaha
all the best Harimau Malaya
focus and score for the another games!

Wednesday 27 July 2011

#kesahTiga:'Batch Lembik!'

Salam..
ney entry smbungan utk entry yg dlu..
hahahaa
(da mcm cerita melayu dlu2 je,ada smbungan gtu)
hahahaah
sje je nk buat korang saspens skit..
hahahaha
so,psal batch lembik tu kn..
ceritera dia mcm neh..
pada suatu hari........
(mcm cerita budak2 je)
hahahahah
cerita dye mcm neh..
mse kteorg orentasi dlu,ad la sorg makhluk Allah neh..
dye xthan dgn jadual orentasi tu..
mmg pack gler la weyh..
aku pown sumpah seranah gak kt jadual tu..
tp aku than je la..(bajet)
hahaaha..
mne taknye tak,first day da kne bgon pkol 4(xpnah aku bgon seawal tuh!)..
da la tidur pkol 2..
letih beb!
tp aku ok jerrr!
hahahaha
so,bdak yg xthan tu report la kt parents dye...
tup2 parents dye pg ckap plak kt rektor..
rektor tuh beb,org no 1 dlm IPG..
so,keesokkan arinya kteorg da xmcm first day lagi..
tidur awal,bgon pown agak awal la..
hahahaha
sehubungan dgn itu,batch kteorg pown mndapt gelaran 'Batch Lembik' drpd JPP..
tp smpai sekarang kteorg xjmpe bdak yg report tuh..
lembik ke???hehehe
p/s:tp bgos gak dye report,bleh tidur awal...hahahahaa..:)

#kesahDua:IPDA

aLoHa!!
hehehehe..
korang thu x apa itu IPDA..
ianya bukan sejenis kuih yg seperti donut yg korang bli kt BigApple tuh!
hahahha..
IPDA neh shortform bagi Institut Perguruan Kampus DarulAman..
hahahah
mesti korang trtnye-tnyekn,dlam 'IPDA' tu xde pon 'K'...
tu aku xthu sbb ape,aku msok2 sni mmg nme dye IPDA...(sejak azali lgi kott)
hahahahaha
merapu je bnyakkn..
kte sterek to the point la..
aku student kt sni..
aku dftar 20 of june ari tuh..
so,aku msok sni utk jd cekgu..(xkn la msok maktb nk jd lawyer plak kn??)
hahahahaha
papepown aku enjoy stdy kt sni..
bru bleh jd PERANTUAN....
jauh skit dri parents..(bru ad rsa rindu)
hhehehe...
all the best utk batch aku even batch kta org panggil 'Batch Lembik'..
nk thu knpa batch kteorg digelar sebegitu??
wait for the next post!
hehehehee

#kesahSatu:welcome!


hoyeaaaaa
i'm blogging..
now,i'm a blogger.
hahahahaa
tp,aku xpndai nk bebelogs la weyh..
mmg kekampungan la weyh..
tp aku nk try gak..
bia nmpak mju skit..
hahahah
papepon,Inilah Kesah Aku!
hahahahaha